Aku seorang Papa

on Thursday, September 22, 2011

Agak berkurun aku dah tak share story dalam blog rohaizadyusoff.com nih.Al maklumla aku makin lama makin malas nak menghapdate sebarang cerita dan artikel dalam blog ni atau pun mana-mana blog yang aku ada. Semuanya gara-gara aku dah puas menghadap screen laptop kat opis. Bayangkan dah berapa banyak radiasi dari laptop dah tembus tubuh badan aku sejak dari bagun tido sampai la lelapkan mata. Cakap pasal mata, skang pun mata aku dah makin kabur dek penangan laptop. Tinggal spek mata je tak pakai lagi.

Cemana pun,aku tergerak nak aktif balik berblog.Sebabnya? Baru lebih kurang 2 3 jam lepas aku renew domain name aku di Godaddy lebih kurang sepuluh domain sekali gus.Habis ratus ringgit, rugi juga kalau aku biar semua domain dan blog aku camtu je kan?So aku rasa tiba masanya aku mula menulis supaya renewal godaddy aku tu takla sia-sia saja.


Orang kata, kalau  nak mulakan sesuatu tu biarlah dengan suatu yang baik kan.something yang best..So aku nak mulakan blog ni dengan mengshare gambar  baby pertama aku! Tanggal 28 July 2011 lalu, aku telah menjadi seorang Papa..Kepada insan yang bernama Muhammad Rayyan Afif. 
Gambar Afif baru keluar perut -Fresh!




Yang ni pula gambar baby Afif selepas ditonyoh oleh nurse.Bersih suci..teringat time hening subuh tu aku azan dan qamatkan telinga  Afif..What a moment..



Ini gambar masa baru lahir..sekarang dah 1 bulan 3 minggu pun.Dah besar dah anak papa.Tak caye cube tengok sendiri..dah besar..cepat betul masa berlalu..actually tengah rindu kat Rayyan Afif ni ngan mamanye..sebab dorang ada kat KL..aku kat Taiping..adui..rindunya!!!!




Ranking: 5

{ 0 Komen... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Rohaizad Yusoff | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO