Pelaburan Emas?

on Tuesday, September 27, 2011

Sapa ada beli emas angkat tangan!Aku ada satu soklan cepu emas.Untung ke melabur emas ni?Konpem menyembur-nyembur air liur agen-agen emas yang terbaca ni akan kata beli emas untung!Takkan rugi!Aku tengok ramai dah semakin rajin promote melabur emas ni dekat blog, dekat iklan, dekat paper,macam-macam dekat lagila..sampai takda lagi yang jauh..seolah-olah emas ni dah jadi popular macam sistem MLM time rancak dulu.Of coz la yang duk rajin ajak tu adalah agen-agen syarikat jual emas di mana dorang pun akan dapat comission % kalau dapat jual emas barang seketul dua.

Senarionya, ramai duk pulun beli emas fizikal sebab katanya esok-esok boleh jadi kaya.Kalau simpan duit dalam akaun, dapat interest berapa percent sangat.Kalau emas, konpem boleh jadi berganda-ganda duit kita.Itulah suapan yang acapkali aku baca dekat blog orang, dan termasuklah agen yang rajin duk menelepon aku tanpa jemu menghapdate harga emas kat aku.Tak lain tak bukan, nak suruh aku beli la barang dua tiga ketul dari dia.

Selagi aku tak beli, selagi tu dia akan call. Biasa bila call dia akan cakap.."Abang, emas dah turun harga ni..bila nak beli bang?Nanti kalau naik menyesal pulak". Jawapan aku? Dengan poyonya aku jawab, "Takpelah bang, saya pun monitor rege gold ni.Kalau nak beli, saya call abang".Padahal dalam hati, manala nak cekau duit buat beli emas bang oii..

Kalau betul pelaburan emas ni sangat menguntungkan in long term..jap nak pikir..bape kilo ye aku nak beli..hehehe

Ranking: 5

{ 0 Komen... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Rohaizad Yusoff | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO