Sindrom Bayi Tergoncang (DRR)

on Saturday, November 26, 2011

Sindrom Bayi Tergoncang atau ‘Shaken Baby Syndrome’
Apakah yang dimaksudkan dengan Sindrom Bayi Tergoncang? 
Sindrom Bayi Tergoncang merupakan kecederaan otak yang berlaku akibat bayi digoncang dengan kuat. Kecederaan otak yang dialami bukan sahaja menghasilkan impak jangkapanjang yang mendatangkan kecacatan kepada bayi malah ianya juga boleh membunuh bayi tersebut.


sindrom bayi tergoncang
Apakah peringkat umur bayi yang paling berisiko? 
Bayi berumur 0-9 bulan merupakan golongan yang amat terdedah kepada sindrom bayitergoncang, walaubagaimanapun, terdapat juga kes yang berlaku di kalangan kanak-kanak yang berumur 1-4 tahun.
Bagaimanakah ianya boleh berlaku? 
Otot leher bayi belum berkembang dengan baik dan dan tidak berupaya untukmenyokong kepala bayi yang agak besar dimana beratnya adalah 25% ( satu per empat) daripada berat badan bayi. Otak bayi pula, bersaiz jauh lebih kecil berbanding dengan tengkoraknya dan salur darah dan tisu otak bayi masih lembut dan rapuh. Perbuatan menggoncang menyebabkan kepala bayi terhayun dan mampu membuatkan otak bayi bergoyang dengan kuat di dalam ruang tengkorak.
Pergerakan yang kuat ini menyebabkan salur-salur darah di dalam kepala bayi dan tisu otak terkoyak dan menyebabkan perdarahan. Kecederaan ini bertambah teruk sekiranya goncangan bayi diikuti oleh pergerakanhentakan tubuh bayi (ke dinding atau ke atas tilam)
Kenapa bayi digoncang? 
Perbuatan menggoncang bayi dengan kuat boleh berlaku dalam keadaan-keadaan berikut:
1.Apabila anak/bayi tidak berhenti menangis menyebabkan orang yangmenjaga anak/bayi tersebut berada dalam keadaan kecewa, marah dan stress lalu menggoncang bayi tersebut dengan kuat.
2.Penjaga bayi/kanak-kanak hilang pertimbangan dan mudah bertindak ganasakibat pengaruh dadah/alkohol/masalah kewangan
Kenapa ianya merbahaya? 
Satu dari tiga bayi yang menderita sindrom bayi tergoncang akan berakhir dengan kematian, yang lainnya akan mengalami kecacatan kekal kesan dari kecederaan otak yang dialami. Perdarahan di dalam organ mata pula boleh menyebabkan kebutaan.
Apakah gejala dan tanda-tanda Sindrom Bayi Tergoncang? 
Tanda-tanda awal:
1.Bayi mudah meradang (irritable)
2.Sawan
3.Kaki dan tangan mengalami kekejangan
4.Bayi tidak bermaya dan kurang bertindakbalas
5.Tahap kesedaran bayi menurun
6.Muntah dan tidak mahu makan
7.Perdarahan yang teruk boleh menyebabkan; kematian akibat terhentinya pernafasan dan denyutan jantung
Tanda-tanda lewat akibat dari kesan jangkapanjang kerosakan otak:
1.Masalah pembelajaran
2.Kurang upaya anggota
3.Masalah penglihatan atau buta
4.Masalah pendengaran
5.Terencat akal (Cereberal Palsy)
6.Masalah tingkahlaku
7.Sawan berterusan
8.Kematian.
Bagaimana mencegahnya? 
Bayi meragam adalah lumrah. Ianya mungkin disebabkan bayi merasa lapar, kembung perut, demam atau merasa tidak selesa. Setiap penjaga bayi harus bersabar dantenang mengendali bayi dalam keadaan begini. Dapatkan rehat yang cukup, amalkanmakanan seimbang agar sentiasa berada dalam keadaan yang cergas dan belajarlahcara-cara menangani stress dengan bijak.
Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil bagi menghentikan tangisan bayi:
1.Memastikan bayi tidak lapar dan berada dalam keadaan yang selesa (lampintidak basah)
2.Memastikan bayi tidak sakit ( demam, bengkak gusi atau kembung perut)
3.Menghayun bayi secara perlahan atau berjalan perlahan2 sambil mendokongbayi.
4.Menyanyi atau bercakap perlahan2 dengan bayi
5.Menggunakan permainan yang mengeluarkan bunyi agar menarik perhatianbayi
6.Membawa bayi berjalan2 di dalam kerusi tolak
7.Meletakkan bayi di kerusi keselamatan dan bawa bayi berjalan2 di dalam kereta
8.Mendakap bayi sambil bernafas secara tenang dan perlahan2
9.Elak membuai bayi dalam keadaan marah kerana ianya mungkin menyebabkan anda terdorong membuai bayi dengan kasar dan kuat.
10.Sekiranya anda keletihan, minta bantuan seseorang menjaga bayi anda sementara anda berehat seketika
11.Sekiranya tiada satu pun tindakan di atas berjaya dan anda merasa diri anda tertekan, tinggalkan bayi di dalam katil bayi (crib),tenangkan diri anda danperiksa semula bayi selepas 5 min.
12.Dapatkan nasihat doktor sekiranya bayi anda masih tidak berhenti menangis
MENGGONCANG BAYI ADALAH PERBUATAN YANG SALAH!
MENGGONCANG BOLEH MEMBUNUH
MENANGIS TIDAK BOLEH MEMBUNUH
Tag :

Muhammad Rayyan Afif

on Wednesday, November 23, 2011

Agak terkebelakang aku sikit untuk menghapdate apa yang patut dalam blog kusam aku nih.Apa nak buat, masa dan tempat tak mengizinkan aku menoreh kata dan nukilan dalam blog ni.Adoii, macam la bizi sangat duk obersea kerja ka apa ka takpa la jugak!Ceh alasan!Sebenarnya nafsu aku mengarang di blog merosot dan merudum.Tak terkeluar idea menulis dari benak aku yang bengap nih.Takpe la..untuk pos kali ni aku nak ceritera bout my dearest son Muhammad Rayyan Afif.


Tanggal 29 October 2011:Majlis Berendoi.Ramai gak la datang..meriah!Penat!










Memang nampak sedap dan lumayan...nyum nyumm

Tanggal 8 November 2011: Operasi membotakkan kepala Afif !!!Takut siot nak cukur, sampai umpan masuk dalam bath tub!






 


Tanggal Raya Haji 2011: Kenduri Kendara Aqiqah Afif dan Nadrah





















 Tanggal 9 November 2011: Afif Demam lepas kena injek!!! Bawa gi jumpa pakar kanak-kanak baik dalam masa 2 hari jugak la..



Tanggal 19 November 2011: Gi layan Mami borong kat Baby Fair bersama Afif

Walaupun tetek takda susu, aku susukan juga si Afif..pakai botolla heheh

Keadaan baby fair, orang ramai tak tentu pasal.Penat siot langgar orang dengan stroller Afif.Yang bestnya aku purposely berjaya lenggek amoi promoter ngn tayar stroller Afif yang besar.Tu la, sapa suruh nyibuk duk promote mende hampeh tu kat aku hehe.
Tag :

Jom Layan Micheal Jackson

on Wednesday, September 28, 2011

Sejak dari sekolah dulu, memang Michael Jackson memang menjadi ikon kegemaran aku.Tapi takdelah fanatik sampai aku boleh buat moonwalk dalam rumah mahu pun rumah penuh dengan poster abang maikel kita ni. Tapi aku suka lagu-lagu dia dan videoklip dia.Memang layan!In fact aku hafal habis lagu-lagu dia dulu time sekolah.Ayat quran takmola pulak aku hafal dulu.Kalau tak mau hujung nama aku tertera Al-Hafiz sekarang haha.

Walau pun abang michael kita ni telah pun meninggal dunia, dia tetap dikenang.Malahan populariti dia maintain jer.Evergreen!Ada orang kata dia masuk Islam,ada yang kata dia tak mati lagi.wallahu'alam.Allah dan ko je yang tau, Maikel ooi..Jom layan, best nih! Sapa-sapa yang tak berapa minat nak tengok mamat negro berkulit putih terkinja-kinja macam monyet dapat pisang, dinasihatkan tak payah la tengok video ni haha


Tag : ,

Pelaburan Emas?

on Tuesday, September 27, 2011

Sapa ada beli emas angkat tangan!Aku ada satu soklan cepu emas.Untung ke melabur emas ni?Konpem menyembur-nyembur air liur agen-agen emas yang terbaca ni akan kata beli emas untung!Takkan rugi!Aku tengok ramai dah semakin rajin promote melabur emas ni dekat blog, dekat iklan, dekat paper,macam-macam dekat lagila..sampai takda lagi yang jauh..seolah-olah emas ni dah jadi popular macam sistem MLM time rancak dulu.Of coz la yang duk rajin ajak tu adalah agen-agen syarikat jual emas di mana dorang pun akan dapat comission % kalau dapat jual emas barang seketul dua.

Senarionya, ramai duk pulun beli emas fizikal sebab katanya esok-esok boleh jadi kaya.Kalau simpan duit dalam akaun, dapat interest berapa percent sangat.Kalau emas, konpem boleh jadi berganda-ganda duit kita.Itulah suapan yang acapkali aku baca dekat blog orang, dan termasuklah agen yang rajin duk menelepon aku tanpa jemu menghapdate harga emas kat aku.Tak lain tak bukan, nak suruh aku beli la barang dua tiga ketul dari dia.

Selagi aku tak beli, selagi tu dia akan call. Biasa bila call dia akan cakap.."Abang, emas dah turun harga ni..bila nak beli bang?Nanti kalau naik menyesal pulak". Jawapan aku? Dengan poyonya aku jawab, "Takpelah bang, saya pun monitor rege gold ni.Kalau nak beli, saya call abang".Padahal dalam hati, manala nak cekau duit buat beli emas bang oii..

Kalau betul pelaburan emas ni sangat menguntungkan in long term..jap nak pikir..bape kilo ye aku nak beli..hehehe

Tag : ,

TAIPING INTERNATIONAL MARATHON 2011

on Sunday, September 25, 2011

Sekarang ni aku tengah melayan kaki dan betis aku yang sengal dan sakit.Tapi agak berkurangan lah sikit berbanding siang tadi. Nampaknya terbukti sudah aku semakin kurang mantop dari segi fizikal untuk bersukan olahraga.Apa pun niat aku join TAIPING INTERNATIONAL MARATHON 2011 kali ni untuk suka-suka je. Masuk pun kategori 5KM (Fun Run category), bukannya sangap sangat nak catat masa peribadi or apatah lagi menang nombor 1-10. Maybe not this year, maybe next year 2012 punya marathon hehe.

Satu lagi alasan kukuh aku nak join Marathon ni sebabkan ianya ditaja sepenuhnya oleh company . Dalam 20 orang lebih company taja untuk marathon ni, dan kategori boleh pilih sendiri. Aku perasan ada juga yang cilok pagi tadi.Yang tak datang pun ada.Rugi la beb, dapat goodie bag, medal, sijil, free drinks- take all your can (milo, tea, 100 plus, O2 water and so on).

Memang heaven. Yang tak heavennya kaki aku sakit, sampai aku kram (kejang otot)  kat tengah2 padang explanade time rakus nak pergi minum ke khemah100 plus. Dahla kram depan dua orang amoi.Dorang cuak ingat aku ni pervert ke ape suddenly stop depan dorang tengah melantak kat padang.Padahal aku dah tak boleh angkat kaki dah time tu. Aku buat keputusan stretching lebih kurang, dan cepat-cepat pegi khemah Paramedik untuk rawatan dan urutan percuma.Lega gila!

Dalam pukul 10.30 macam tu aku pun blah dari padang explanade lake garden tu tempat kitorang berkumpul sejak dari lepas subuh tadi.Malas nak tunggu lagi untuk lucky draw la, persembahan ape la bagai..tak tahan dah panas.Lagipun aku takut kaki aku kram lagi, cemana nak drive balik.

Ok, untuk yang nak tahu serba sedikit pasal  TAIPING INTERNATIONAL MARATHON 2011 ni boleh ushar kat bawah ni kategori dan prizes die.Panjang ni, kalau rajin baca la, kalau malas jangan hehe.

In conjunction with the Taiping International Music Festival along with the celebration of International Day of Peace and also the celebration of Taiping Town Council Month in September, Rotary Club of Bukit Larut with the support of Majlis Perbandaran Taiping is organizing the Taiping International Marathon on 25 of September 2011.
Categories
Full Marathon (42KM)
Half Marathon (21KM)
10KM (Above 20 yrs)
10KM (Below 20 yrs)
5KM Fun Run
10KM Veteran (Above 55 yrs)
Date
25 September 2011 5.00AM
Location
Lake Garden, Taiping, Malaysia
Registration & number collection
24 September 2011 9.00AM-9.00PM at MPT Hall, Taiping, Malaysia
Event Services
- Water, electrolytes and fruits along running course
- Breakfast and beverages at finishing area
- Medical services along the route and finishing area
- Dinner for all winners and qualifiers (within qualifying time only)

Race & Price Revision
[1] Full Marathon (42.195KM)
1st Prize - RM10000.00 (US3300.00) + 2 day stay at Bukit Merah Resort
2nd Prize - RM 5000.00 (US1650.00) + 2 day stay at Bukit Jana Golf resort
3rd Prize - RM 3000.00 (US1000.00) + 1 night stay at Bukit Larut Hill resort
4th Prize - RM 1500.00 (US500.00) + 1 night stay at Flemington Hotel, Taiping
5th Prize - RM 750.00 (US250.00) + 1 night stay at Panorama Hotel, Taiping
6th Prize - RM 500.00 (US165.00)
7th - 15th Consolation Prizes
The Malaysian finishes will receive a special prize in the OPEN category :
1st Malaysian - RM5000
2nd Malaysian - RM3000
3rd Malaysian - RM1000
4th - 10th - Consolation prizes
The Malaysian finishes will receive a special prize in the Veteran (40-50 yrs) and Senior Veteran (Above 50 yrs) category :
1st prize RM3000
2nd prize RM2000
3rd prize RM1000
4-10 Consolation Prize.

[2] Half Marathon (21.0975KM)
1st Prize - RM 3000.00 + 2 night stay at Bukit Merah Resort
2nd Prize - RM 2000.00 + 1 night stay at Bukit Jana Golf resort
3rd Prize - RM 1000.00 + 1 night stay at Panaroma Hotel,Taiping
4th Prize - RM 500.00
5th - 10th - Consolation prizes

[3] 10KM (Above 20 yrs)
1st Prize - RM 1000.00
2nd Prize - RM 500.00
3rd Prize - RM 300.00
4th - 10th - Consolation prizes

[4] 10KM Junior (Below 20 yrs)
1st Prize - RM 500.00
2nd Prize - RM 300.00
3rd Prize - RM 100.00
4th - 10th - Consolation prizes.

[5] 5KM Fun Run
1st Prize - RM500.00
2nd Prize - RM300.00
3rd Prize - RM100.00
4th - 10th Prize - Consolation Prizes

[6] 10KM Veteran (Above 55 yrs)
1st price - RM 1000.00
2nd price - RM 500.00
3rd price - RM 300.00
4th - 10th - Consolation prizes

* Prizes does not include goodies (worth RM100) by sponsors and T-shirt and certificates and medals for all participants.
* All qualifiers within the international rules will be given special certificates and medals.
Entry Fee

Full Marathon(42.195KM) Early Bird
June 26 - July 15
2nd phase
July 16 - Aug 20
Late phase
Aug 21 - Sept 10
Malaysian Residents only MYR 50 MYR 65 MYR 100
Singapore Residents only SGD 30 (MYR 75) SGD 40 (MYR 100) SGD 50 (MYR 125)
Others US 40 (MYR 125) US 50 (MYR 155) US 60 (MYR 185)
Half Marathon(21.0975KM) Early Bird
June 26 - July 15
2nd phase
July 16 - Aug 20
Late phase
Aug 21 - Sept 10
Malaysian Residents only MYR 30 MYR 40 MYR 50
Singapore Residents only SGD 25 (MYR 65) SGD 30 (MYR 75) SGD 35 (MYR 90)
Others US 30 (MYR 95) US 40 (MYR 125) US 50 (MYR 155)
10KM (Above 20 yrs) Early Bird
June 26 - July 15
2nd phase
July 16 - Aug 20
Late phase
Aug 21 - Sept 10
Malaysian Residents only MYR 30 MYR 40 MYR 50
Singapore Residents only SGD 30 (MYR 75) SGD 40 (MYR 100) SGD 45 (MYR 115)
5KM Fun Run Early Bird
June 26 - July 15
2nd phase
July 16 - Aug 20
Late phase
Aug 21 - Sept 10
Malaysian Residents only MYR 20 MYR 25 MYR 35
Singapore Residents only SGD 20 (MYR 50) SGD 30 (MYR 75) SGD 40 (MYR 100)
10KM Junior (Below 20 yrs) Early Bird
June 26 - July 15
2nd phase
July 16 - Aug 20
Late phase
Aug 21 - Sept 10
Malaysian Residents only MYR 10 MYR 15 MYR 20
Singapore Residents only SGD 10 (MYR 25) SGD 15 (MYR 40) SGD 20 (MYR 50)
10KM Veteran (Above 55 yrs) Early Bird
June 26 - July 15
2nd phase
July 16 - Aug 20
Late phase
Aug 21 - Sept 10
Malaysian Residents only MYR 30 MYR 35 MYR 40
Singapore Residents only SGD 20 (MYR 50) SGD 25 (MYR 65) SGD 30 (MYR 75)

Tag : ,

3rd place Contest Papa Mama Romantik?

on Saturday, September 24, 2011

Sapa beli majalah Pa & Ma bek ngaku cepat hehe.Bukan ape pun, saje nak bagitau yang aku ngan wife dapat 3rd place untuk Contest Papa Mama Romantik anjuran majalah Pa&Ma.Tak sangka la pulak gambar ni buleh menang. Comel la mommy dalam pic ni!



Ok, ni gambar sebenar yang dihantar oleh si wife ke majalah Pa&Ma contest tuh.
Tag : , ,

Aku seorang Papa

on Thursday, September 22, 2011

Agak berkurun aku dah tak share story dalam blog rohaizadyusoff.com nih.Al maklumla aku makin lama makin malas nak menghapdate sebarang cerita dan artikel dalam blog ni atau pun mana-mana blog yang aku ada. Semuanya gara-gara aku dah puas menghadap screen laptop kat opis. Bayangkan dah berapa banyak radiasi dari laptop dah tembus tubuh badan aku sejak dari bagun tido sampai la lelapkan mata. Cakap pasal mata, skang pun mata aku dah makin kabur dek penangan laptop. Tinggal spek mata je tak pakai lagi.

Cemana pun,aku tergerak nak aktif balik berblog.Sebabnya? Baru lebih kurang 2 3 jam lepas aku renew domain name aku di Godaddy lebih kurang sepuluh domain sekali gus.Habis ratus ringgit, rugi juga kalau aku biar semua domain dan blog aku camtu je kan?So aku rasa tiba masanya aku mula menulis supaya renewal godaddy aku tu takla sia-sia saja.


Orang kata, kalau  nak mulakan sesuatu tu biarlah dengan suatu yang baik kan.something yang best..So aku nak mulakan blog ni dengan mengshare gambar  baby pertama aku! Tanggal 28 July 2011 lalu, aku telah menjadi seorang Papa..Kepada insan yang bernama Muhammad Rayyan Afif. 
Gambar Afif baru keluar perut -Fresh!




Yang ni pula gambar baby Afif selepas ditonyoh oleh nurse.Bersih suci..teringat time hening subuh tu aku azan dan qamatkan telinga  Afif..What a moment..



Ini gambar masa baru lahir..sekarang dah 1 bulan 3 minggu pun.Dah besar dah anak papa.Tak caye cube tengok sendiri..dah besar..cepat betul masa berlalu..actually tengah rindu kat Rayyan Afif ni ngan mamanye..sebab dorang ada kat KL..aku kat Taiping..adui..rindunya!!!!




Tag : , ,

Happy Birthday Sayang!

Damn!! aku ingat aku keje hari Sabtu ni..rupenye untuk orang yang kerja untuk replacement cuti..kalau tak, sure aku balik KL jumpa mommy and Rayyan Afif dah..ceis!Apa pun happy birthday mommy..sorry dis year takde surprise macam last year..How much i miss you both!


Tag : , ,
 
© Rohaizad Yusoff | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO