Motherhood Expo 2012

on Wednesday, February 29, 2012

Baru-baru ni aku dengan family balik KL.Guest what, we went to Motherhood Expo 2012 dekat KLCC.Pergh, ramai betul mak bapak datang nak habiskan duit gaji. Kalau aku jual air soya depan pintu masuk Motherhood Expo 2012 ni mau lepas 3 4 bulan tak payah gi  keje hehe.

Tujuan aku dengan Yun pegi Motherhood Expo 2012 tak lain tak bukan nak ushar car seat baru Afif dan juga sama macam bapak mak orang lain, iaitu nak habiskan duit gaji yang tinggal ciput pada hujung bulan.Actually bukan ada baki duit gaji pun, tapi hasil sliding credit card yang sukses!haha! Korang jangan tiru macam aku kalau nafsu serakah credit card management fail ye.Alamat nanti gigit jari tengok credit card outstanding balance. Tak pasal-pasal nanti kena join AKPK program.Mau ka?



Gambar tak clear sebab semua jalan macam "Flash" nak pulun beli barang
 
Dekat Booth Pureen..
Mama Yun tengah negotiate camne nak bukak booth kat Motherhood Expo 2012.RM5000++ per booth tu mami! Gilos!Takla...sebenarnye mama yun nak beli Pampers Whoopee.Murah gila babas hanya RM20 je.Kalau ada troli mau aku amik banyak-banyak biar anak aku pakai sampai naik darjah satu, baru puas hati aku
Tag : , , ,

Cameron Highlands Holiday's Break

on Monday, February 27, 2012

Sekian lama aku tak update blog nih.Last update time Maulidur Rasul haritu.Memang dasar pemalas betul aku ni nak update blog.Kalau dah pemalas tu pemalas jugak hehe.Tapi dalam malas-malas tu rajin jugak aku nak pegi bercuti ke Cameron Highlands weekend baru-baru ni.Lama gila tuh tak pegi holiday dengan family.Last pegi  pun ke Penang few months back. Last pergi Cameron? Andai aku main game money drop, konpem duit habih jatuh ke lobang sebab aku sendiri pun tak ingat bila aku last pergi Cameron Highlands.

Erm..Yun memang teringin nak gi percutian ke Cameron Highlands . Tapi al-maklumlah tade mase yang sesuai nak pegi.So bila rasa macam boleh je,  booked cepat-cepat dekat booking.com tu, then belasah ajelah drive ke Cameron...


 Breakfast yang sedap..strawberry dan strawberry lagi!!!Aku suka restaurant nih, sebelah De la Fern Hotel, memang comfort and clean.Cuba tengok cawan tuh, unik kan?Tapi cam pelik bila nak hirup air, sebab takde lobang nak cakuk jari.Kene kepit dengan jari. Yang penting kenyang sampai tengahari!

 Ni acara memborong di pasar pagi Kea Farm, Cameron Highlands...

 Tak lupa untuk bergambar skema di Boh..
 Ni pun ladang Teh Boh jugak..cantik view
 Aku suka tengok gambar ni, sebab teringat time aku berdiri kat situ.Layan gile..tak ingat apa-apa kecuali kebesaran Allah cipta langit dan bumi..

 Ni adengan 18PL di mana aku cuba imbangkan badan nak gi masuk ladang teh.Ade anak sungai,cantik..rugi sape tak stop by kat sini...tapi takdela adengan 3gp melayu berkemban ke ape kat sini..takde orang pun..hehe
 Oh, Rayyan Afif papa..comei macam gurl la pulak anak teruna papa nih!
 Pokok duri-duri...cantik dilihat, dipegang.."itu makan die!"
 Buah hati pengarang jantung...
 Singboard...
 Afif excited tak tentu pasal..mami yun pulak jadi model Teh Boh!

 Family pic at Cameron Highlands..eh..apesal aku paling hitam dalam ini gambar??adoi..


Tag : , , , ,

Salam Maulidur Rasul

on Monday, February 6, 2012

Selawat dan Salam ke atas Nabi junjungan mulia kita Muhammad SAW.Sempena sambutan maulidur Rasul ni jom sama-sama kita hayati Khutbah terakhir Nabi kita Muhammad SAW yang disampaikan pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah.Moga aku dan sesiapa saja yang sedang membaca post ini dapat mengamalkan amanat Rasulullah SAW.

KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH SAW

Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan.Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu ,mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia ,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini,Sembahlah Allah,Dirikanlah solat lima kali sehari,Berpuasalah di Bulam Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu.Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain.Kamu semua adalah sama,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesumgguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.
Tag : ,
 
© Rohaizad Yusoff | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO