Khutbah Jumaat-Harga barang adalah ketetapan Allah?

on Friday, September 13, 2013

Tajuk ni lah yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia sekarang ni. Semakin banyak yang mengomen dan berhujah dengan ilmu yang sekelumit alam itu. Yang ada ilmu dan title ustaz mula memberi pandangan masing-masing di blog, media TV, radio, di surau, masjid..aku ok jer..tapi yang aku tak puas hatinya mereka-mereka yang cetek ilmu pun hendak tumpang sekaki memberi komen yang entah apa-apa dan menggunakan logik akal semata-mata.

Biarlah Ulama' yang faham dan tahu apa hukum hakam memberikan pendapat dan hujah. Orang awam yang masih belajar bertatih perlulah berjaga-jaga dalam isu ni.Takut nanti eksiden pulak. Diri sendiri yang dapat padahnya. Semua disebabkan kerana nak tunjuk pandai.

Anyway aku just nak share Hari Jumaat aku di blog. Aku bersolat Jumaat di Masjid Batu Belah, Klang tadi seperti biasa bersama rakan. Sebaik sahaja sampai, azan mula berkumandang  ala-ala laungan azan Astro di TV tuh.Boleh tahan nafas bilal nih. Harini khutbah jumaat di masjid mengingatkan aku tentang kehidupan harian aku.Takde sikit pun khutbah menyentuh hal atau isu  "Harga barang adalah ketetapan Allah" atau isu politik.

Khutbah tadi membuatkan aku terfikir sejenak.Dalam 24 jam, berapa kali sangat kita ni mampu berzikir pada Allah.Kalau nak bandingkan dengan sahabat kita orang biasa-biasa ni memang macam langit dengan bumi lah. Orang lain aku tak tahulah, tapi aku rasa dalam bab ni aku agak terkebelakang.Mungkin ok lagi jika dibandingkan masa bulan Ramadhan hari tu. Maybe sebab Setan absent kot satu bulan tu hehe.
Mimbar Masjid Nabawi-Masjid Nabi

So khutbah Jumaat hari ni lebih berkisar tentang mengajak aku dan jemaah kembali kepada Allah. Berzikir berselawat, baca Al-Quran, solat sunat semua amalan ni sebenarnya mempengaruhi hidup seharian kita. Kalau kita ni manusia normal  sudah pasti kita akan berasa lapar. Manusia ni nafsu lapar dia ada dua iaitu zahir dan batin. Lapar zahir ni macam kebulur nak makan minum gitu.Kalau hari-hari makan sedap mesti badan pun naik segar bugar. Lain pula dengan lapar batin nih. Banyak orang tak sedar dia sebenarnya lapar batin cuma dia tak tahu. Namun dia boleh merasainya melalui hidup yang stress, tidak tenteram,hidup  kucar kacir, suka mengeluh, kesempitan hidup dan sebagainya. Lapar batin ubatnya hanyalah amal soleh macam disebutkan di atas.

Kadang-kadang aku pun tak dapat lari dari perasaan kesempitan dan stress. Biasalah manusia biasa pasti akan lalai dan alpa. Bagi mereka yang cukup solat, buat lagi extra solat sunat dan Qiamulail malamnya sempurna..beringatlah jangan sampai jadi ujub dan riak pulak.Hinggakan kadang-kadang sampai ada yang fikir dalam kepala dia " aku ni solat sempurna, amal banyak..sebab tu Allah balas aku dengan kemewahan, kesenangan. Orang lain tu amalan tak cukup lagi,solat tak jaga,  sebab tu miskin, hidup susah, tak berkat, banyak dosa sebab tu tuhan tak makbul doa, tak bagi kesenangan macam aku."
Mindset ni salah sebenarnya kerana dia mungkin tidak sedar itu adalah ujian dan belum tentu dia lepas. Tapi apa pun Allah jua yang layak menentukannya. Kita hanya buat sebaik termampu dan mesti sentiasa bersangka baik dengan Allah.

Teringat satu pesanan ringkas tetapi sangat bermakna. Tak silap daripada tontonan satu program di TV Al-Hijrah lebih kurang berbunyi begini:

" Lebih baik kita bangun tidur dan menyesali dosa yang dilakukan pada malam hari daripada kita  bangun dari tidur merasakan diri kita sempurna di mata Allah swt kerana amalan pada malam hari"

Renungkanlah..

 Firman Allah, “Apakah manusia mengira mereka dibiarkan berkata ‘Kami beriman’ sedang mereka tidak diuji? Sungguh Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, dan Allah mengetahui orang-orang yang benar dan Dia pasti mengetahui orang yang dusta.” (Al-Ankabut: 2-3)
Ranking: 5

{ 0 Komen... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Rohaizad Yusoff | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO