Khutbah Jumaat-Alangkah bagus kalau aku jadi batang Tamar!

on Friday, November 1, 2013

Setelah beberapa lama masjid Nabi dibina dan digunakan, mimbarnya mula menjadi reput. Rasulullah dan para sahabat memutuskan untuk membuat mimbar baru. Lalu Rasulullah dan orang-orang Islam bertungkus-lumus mengumpulkan batang tamar. Tiang mimbar yang lama telah diruntuhkan dan disimpan di tempat lain untuk digantikan dengan yang baru.

Pada suatu hari, sedang Rasulullah berkhutbah, baginda dan para sahabat terdengar satu suara tangisan. Mereka tercari-cari suara tersebut. Setelah diteliti, rupa-rupanya suara itu datang daripada batang tamar yang dijadikan mimbar yang lama. Rasulullah pergi mendapatkannya.

Dengan penuh kasih-sayang baginda menepuk-nepuk batang tamar tersebut kemudian bertanya kenapa ia menangis. Batang tamar itu menjawab: “Aku sungguh sedih mengenangkan nasibku kerana khidmatku tidak diperlukan lagi olehmu ya Rasulullah. Sedangkan aku ingin bersama denganmu sehingga akhir hayatmu.” Rasulullah tersenyum lalu berkata: “Sabarlah wahai batang tamar, walaupun khidmatmu tidak diperlukan lagi kerana keuzuranmu, namun engkau tetap akan bersamaku di syurga kelak.” Selepas mendengar kata-kata Rasulullah itu, batang tamar tersebut berhenti daripada menangis.
Ranking: 5

{ 0 Komen... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Rohaizad Yusoff | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO