Khutbah Jumaat-Alangkah bagus kalau aku jadi batang Tamar!

on Friday, November 1, 2013

Setelah beberapa lama masjid Nabi dibina dan digunakan, mimbarnya mula menjadi reput. Rasulullah dan para sahabat memutuskan untuk membuat mimbar baru. Lalu Rasulullah dan orang-orang Islam bertungkus-lumus mengumpulkan batang tamar. Tiang mimbar yang lama telah diruntuhkan dan disimpan di tempat lain untuk digantikan dengan yang baru.

Pada suatu hari, sedang Rasulullah berkhutbah, baginda dan para sahabat terdengar satu suara tangisan. Mereka tercari-cari suara tersebut. Setelah diteliti, rupa-rupanya suara itu datang daripada batang tamar yang dijadikan mimbar yang lama. Rasulullah pergi mendapatkannya.

Dengan penuh kasih-sayang baginda menepuk-nepuk batang tamar tersebut kemudian bertanya kenapa ia menangis. Batang tamar itu menjawab: “Aku sungguh sedih mengenangkan nasibku kerana khidmatku tidak diperlukan lagi olehmu ya Rasulullah. Sedangkan aku ingin bersama denganmu sehingga akhir hayatmu.” Rasulullah tersenyum lalu berkata: “Sabarlah wahai batang tamar, walaupun khidmatmu tidak diperlukan lagi kerana keuzuranmu, namun engkau tetap akan bersamaku di syurga kelak.” Selepas mendengar kata-kata Rasulullah itu, batang tamar tersebut berhenti daripada menangis.
Tag : ,

TENTERA SYIAH MENYERANG KAABAH...(317-339 HIJRAH) 929-952 MASIHI

on Friday, September 13, 2013

Hari Al Tarwiyah (hari kelapan dalam bulan Zulhijah), tentera Syiah Qurmuty (diketuai oleh Hamadan Ibn Al-Ashath Al-Qurmuti) menyerang konvoi haji pada tahun 317 Hijrah, membunuh semua jemaah haji, kemudian beliau menyerang Kaabah, menarik keluar batu hitam (Hajar Aswad) dan memecahkan kepada 8 bahagian kecil. Menarik keluar pintu Kaabah dan kemudian memecahkannya, menarik keluar kisa’a Al-Kabah dan memotongnya kepada banyak pecahan dan memberikannya kepada sahabat-sahabat beliau, kemudiannya beliau mengarahkan pengikut-pengikut beliau untuk memusnahkan Mizab Al-Kabah [saluran untuk menyalurkan air (sekiranya hujan) dari atas Kaabah].


Pabila pengikut beliau cuba untuk memusnahkan saluran ini, dia (pengikut yang diarahkan) terjatuh dari bumbung Kaabah dan mati. Beliau (Hamadan) kemudiannya menyuruh pengikutnya mencampakkan mayat-mayat jemaah haji yang telah mereka bunuh ke atas bumbung Kaabah, Mizab (saluran air) mengalirkan darah orang Muslim buat pertama kalinya dalam sejarah. Beliau kemudian mencampakkan mayat-mayat selebihnya kedalam telaga Zam-Zam sehingga penuh dan kemudian menutup telaga ini dengan batu yang besar. Wanita Qurmuti (pengikut syiah) akan membawa air kononnya untuk menyiram mayat-mayat jemaah haji ini atau memberi minum kepada jemaah haji yang tercedera, akan tetapi apabila mereka berjumpa dengan jemaah haji yang masih hidup, mereka akan membunuhnya tanpa memberi air. Mereka (wanita Qurmuti) percaya bahawa mereka perlu membunuh sekurang-kurangnya 3 orang Sunni (Nasibi, gelaran yang mereka berikan pada orang Sunni) yang dahaga untuk mereka mendapat tempat di Jannah. Mayat-mayat yang lain pula ditanam di dalam Masjidil Haram dimana mereka (jemaah haji) dibunuh tanpa solat jenazah, ghosul mahupun dikafankan. Kemudian beliau (Hamadan) berdiri di depan pintu Kaabah dan menjerit ke langit dan berkata: “ Akulah yang berani mencabar ALLAH, akulah yang berani mencabar Tuhan, DIA mencipta kamu dan aku membunuh kamu semua (jemaah haji)”. Pengikutnya yang turut memusnahkan Hajar Aswad juga menjerit ke langit: “Dimana burung-burung Ababil ENGKAU? Dimana batu Sijjil (batu dari tanah yang terbakar) ENGKAU?” Merujuk kepada peristiwa serangan bergajah yang dipimpin oleh raja Abrahah sebelum kedatangan agama Islam. Kemudian beliau membawa Hajar Aswad ke timur (Al-Qatif) dengan menggunakan 70 ekor unta, setiap unta yang membawa batu hitam (Hajar Aswad) jatuh sakit dan kemudian mati di tengah padang pasir. Kemudian mereka membina ‘AinulKuaibah’ dan meletakkan batu hitam itu (Hajar Aswad) di situ selama 22 tahun dan menyuruh orang ramai mengerjakan haji di situ (AinulKuaibah), tetapi tiada siapa yang pergi. Selama 22 tahun orang Muslim tidak mengerjakan haji. 

Kemudian, Khalifah (Al-Muktadir Billah) menyerang pengikut-pengikut Qurmutiah dan membunuh mereka dalam peperangan antara 80 ribu askar menentang 3 ribu askar Qurmutiah. Satu kumpulan kecil Qurmutiah, lebih kurang 10 buah keluarga dapat melarikan diri ke Syria (Bilad Al-Sham) kemudian ke Jabal Al-Arab, sebuah gunung di Arab dan menyembunyikan diri supaya tidak dibunuh, salah sebuah keluarga tersebut adalah ((Al-Assad)). "kitab al- Bidayah Wa an- Nihayah oleh Al-Hafidz Ibnu Katsir" Imam Al-Ghazali berkata: “ Syiah Qurmutiah adalah rofidah (keluar dari Islam) dari luar , kafir dari dalam”. Imam Ibn-Taimyah berkata: “ Syiah adalah batiniyah (ajaran yang menyimpang dari agama Islam) dan musuh kepada Islam, dan yang lebih teruk kekafirannya adalah Qurmotiyah, mereka akan berlakon bahawa mereka adalah Muslim Shiah dan bila mereka mendapat peluang, mereka akan membuka pintu kepada musuh-musuh Islam untuk mengkhianati kita, mereka (Qurmotiyah) telah jauh tersasar dari Quran dan Hadis. Salah sebuah peninggalan Qurmotiyah ini adalah ‘Ainul Kuaibah”, di Al Ahsa (bangunan yang mereka dakwa untuk menggantikan Kaabah yang mana mereka meletak batu hitam (Hajar Aswad) dan menyuruh umat Islam menunaikan haji di situ. sumber : Syed Azizi
Tag : , ,

Trial Video for my dearest Son Muhammad Rayyan Afif!

I'm quite bored yesterday's night. So decided to create some videos for my dearest Afif. Let's have a look the results.
Tag : , ,

Khutbah Jumaat-Harga barang adalah ketetapan Allah?

Tajuk ni lah yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia sekarang ni. Semakin banyak yang mengomen dan berhujah dengan ilmu yang sekelumit alam itu. Yang ada ilmu dan title ustaz mula memberi pandangan masing-masing di blog, media TV, radio, di surau, masjid..aku ok jer..tapi yang aku tak puas hatinya mereka-mereka yang cetek ilmu pun hendak tumpang sekaki memberi komen yang entah apa-apa dan menggunakan logik akal semata-mata.

Biarlah Ulama' yang faham dan tahu apa hukum hakam memberikan pendapat dan hujah. Orang awam yang masih belajar bertatih perlulah berjaga-jaga dalam isu ni.Takut nanti eksiden pulak. Diri sendiri yang dapat padahnya. Semua disebabkan kerana nak tunjuk pandai.

Anyway aku just nak share Hari Jumaat aku di blog. Aku bersolat Jumaat di Masjid Batu Belah, Klang tadi seperti biasa bersama rakan. Sebaik sahaja sampai, azan mula berkumandang  ala-ala laungan azan Astro di TV tuh.Boleh tahan nafas bilal nih. Harini khutbah jumaat di masjid mengingatkan aku tentang kehidupan harian aku.Takde sikit pun khutbah menyentuh hal atau isu  "Harga barang adalah ketetapan Allah" atau isu politik.

Khutbah tadi membuatkan aku terfikir sejenak.Dalam 24 jam, berapa kali sangat kita ni mampu berzikir pada Allah.Kalau nak bandingkan dengan sahabat kita orang biasa-biasa ni memang macam langit dengan bumi lah. Orang lain aku tak tahulah, tapi aku rasa dalam bab ni aku agak terkebelakang.Mungkin ok lagi jika dibandingkan masa bulan Ramadhan hari tu. Maybe sebab Setan absent kot satu bulan tu hehe.
Mimbar Masjid Nabawi-Masjid Nabi

So khutbah Jumaat hari ni lebih berkisar tentang mengajak aku dan jemaah kembali kepada Allah. Berzikir berselawat, baca Al-Quran, solat sunat semua amalan ni sebenarnya mempengaruhi hidup seharian kita. Kalau kita ni manusia normal  sudah pasti kita akan berasa lapar. Manusia ni nafsu lapar dia ada dua iaitu zahir dan batin. Lapar zahir ni macam kebulur nak makan minum gitu.Kalau hari-hari makan sedap mesti badan pun naik segar bugar. Lain pula dengan lapar batin nih. Banyak orang tak sedar dia sebenarnya lapar batin cuma dia tak tahu. Namun dia boleh merasainya melalui hidup yang stress, tidak tenteram,hidup  kucar kacir, suka mengeluh, kesempitan hidup dan sebagainya. Lapar batin ubatnya hanyalah amal soleh macam disebutkan di atas.

Kadang-kadang aku pun tak dapat lari dari perasaan kesempitan dan stress. Biasalah manusia biasa pasti akan lalai dan alpa. Bagi mereka yang cukup solat, buat lagi extra solat sunat dan Qiamulail malamnya sempurna..beringatlah jangan sampai jadi ujub dan riak pulak.Hinggakan kadang-kadang sampai ada yang fikir dalam kepala dia " aku ni solat sempurna, amal banyak..sebab tu Allah balas aku dengan kemewahan, kesenangan. Orang lain tu amalan tak cukup lagi,solat tak jaga,  sebab tu miskin, hidup susah, tak berkat, banyak dosa sebab tu tuhan tak makbul doa, tak bagi kesenangan macam aku."
Mindset ni salah sebenarnya kerana dia mungkin tidak sedar itu adalah ujian dan belum tentu dia lepas. Tapi apa pun Allah jua yang layak menentukannya. Kita hanya buat sebaik termampu dan mesti sentiasa bersangka baik dengan Allah.

Teringat satu pesanan ringkas tetapi sangat bermakna. Tak silap daripada tontonan satu program di TV Al-Hijrah lebih kurang berbunyi begini:

" Lebih baik kita bangun tidur dan menyesali dosa yang dilakukan pada malam hari daripada kita  bangun dari tidur merasakan diri kita sempurna di mata Allah swt kerana amalan pada malam hari"

Renungkanlah..

 Firman Allah, “Apakah manusia mengira mereka dibiarkan berkata ‘Kami beriman’ sedang mereka tidak diuji? Sungguh Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, dan Allah mengetahui orang-orang yang benar dan Dia pasti mengetahui orang yang dusta.” (Al-Ankabut: 2-3)
Tag : ,

Apartment Saujana Damansara Damai

Last  blog rohaizadyusoff.com ni update adalah tanggal 3 March 2012 dulu. Lama betul aku nak terbitkan post baru.Ambil masa lebih dari setahun untuk aku mula titipkan sesuatu dalam blog bersawang  ni. Sejak dari tanggal 3 march 2012 lalu telah banyak perkara berlaku dalam hidup aku. Terlalu banyak kalau aku nak flashback semua dalam blog ni.Walaupun itu intention aku sebenarnya.

Andai aku mintak cuti dari bos satu minggu pun untuk tulis semuanya belum tentu habis. Senang cakap, dah begitu banyak perkara berlaku tanpa aku sedari mahupun tidak. Dulu aku berblogging dari Kamunting, Perak tapi kini aku berada di Apartment Saujana Damansara Damai. Lewat malam ni tiba-tiba aku  bagaikan teringin kembali berblogging setelah sekian lama menyepi.

Jam sudah menunjukkan pukul 2.15 pagi, Afif masih terlompat-lompat di atas katil dengan tangan memang tak lepas-lepas kereta kegemarannya. Kadang-kadang sampai tertidur pun masih erat digenggam kereta tu dalam tangan. Kini Afif pun dah berusia 2 tahun dan Insya-Allah bakal dapat adik perempuan awal tahun 2014 nanti. Tak sabar pulak aku nak melihat satu lagi kelahiran baru dan melihat sendiri kekuasaan Allah di depan mata bagaimana Ibu melahirkan anak.

 Moga Allah berkati kehidupan anak dan isteriku.Amin.. esok aku sambung lagilah..dah ngantuk sangat..2.30 pagi...zzzz...Eh, aku share gambar raya tahun lepas dengan tahun ni. Macam sama je color baju tu..hehe
Gambar raya tahun lepas (2012)


Gambar raya tahun ni (2013)

Tag : , ,

Tahun Lompat 29 Februari 2012

on Friday, March 2, 2012

Tanggal 29 Februari 2012, tarikh yang muncul hanya sekali setiap 4 tahun macam World Cup.Orang melayu panggil tahun lompat, Mat Salleh panggil leap year. Aku tengok ramai betul post pasal tahun lompat.Rata-rata personal blog yang aku visit, konpem ada post pasal tahun lompat..takpela, sebabkan aku takde mase, aku update jugak post pasal tahun lompat ni pada tanggal 1 March.

So apa ada pada tahun lompat ni?Takde la ape sangat pun..Sapa yang lahir pada tarikh ni sure terkilan, sebab dapat sambut sekali je dalam 4 tahun.Tapi untungnya boleh mintak hadiah best-best dengan alasan 4 tahun sekali jeer.Ok ape kan?Tapi ada jugak yang sambut hari jadinya pada 28 Februari ataupun 1 Mac.So no issue boleh sambut hari lain.

Anyway, korang tahu tak kisah di sebalik tahun lompat ni?Jom layan video nih

Tag :

Motherhood Expo 2012

on Wednesday, February 29, 2012

Baru-baru ni aku dengan family balik KL.Guest what, we went to Motherhood Expo 2012 dekat KLCC.Pergh, ramai betul mak bapak datang nak habiskan duit gaji. Kalau aku jual air soya depan pintu masuk Motherhood Expo 2012 ni mau lepas 3 4 bulan tak payah gi  keje hehe.

Tujuan aku dengan Yun pegi Motherhood Expo 2012 tak lain tak bukan nak ushar car seat baru Afif dan juga sama macam bapak mak orang lain, iaitu nak habiskan duit gaji yang tinggal ciput pada hujung bulan.Actually bukan ada baki duit gaji pun, tapi hasil sliding credit card yang sukses!haha! Korang jangan tiru macam aku kalau nafsu serakah credit card management fail ye.Alamat nanti gigit jari tengok credit card outstanding balance. Tak pasal-pasal nanti kena join AKPK program.Mau ka?



Gambar tak clear sebab semua jalan macam "Flash" nak pulun beli barang
 
Dekat Booth Pureen..
Mama Yun tengah negotiate camne nak bukak booth kat Motherhood Expo 2012.RM5000++ per booth tu mami! Gilos!Takla...sebenarnye mama yun nak beli Pampers Whoopee.Murah gila babas hanya RM20 je.Kalau ada troli mau aku amik banyak-banyak biar anak aku pakai sampai naik darjah satu, baru puas hati aku
Tag : , , ,
 
© Rohaizad Yusoff | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO