Cameron Highlands Holiday's Break

on Monday, February 27, 2012

Sekian lama aku tak update blog nih.Last update time Maulidur Rasul haritu.Memang dasar pemalas betul aku ni nak update blog.Kalau dah pemalas tu pemalas jugak hehe.Tapi dalam malas-malas tu rajin jugak aku nak pegi bercuti ke Cameron Highlands weekend baru-baru ni.Lama gila tuh tak pegi holiday dengan family.Last pegi  pun ke Penang few months back. Last pergi Cameron? Andai aku main game money drop, konpem duit habih jatuh ke lobang sebab aku sendiri pun tak ingat bila aku last pergi Cameron Highlands.

Erm..Yun memang teringin nak gi percutian ke Cameron Highlands . Tapi al-maklumlah tade mase yang sesuai nak pegi.So bila rasa macam boleh je,  booked cepat-cepat dekat booking.com tu, then belasah ajelah drive ke Cameron...


 Breakfast yang sedap..strawberry dan strawberry lagi!!!Aku suka restaurant nih, sebelah De la Fern Hotel, memang comfort and clean.Cuba tengok cawan tuh, unik kan?Tapi cam pelik bila nak hirup air, sebab takde lobang nak cakuk jari.Kene kepit dengan jari. Yang penting kenyang sampai tengahari!

 Ni acara memborong di pasar pagi Kea Farm, Cameron Highlands...

 Tak lupa untuk bergambar skema di Boh..
 Ni pun ladang Teh Boh jugak..cantik view
 Aku suka tengok gambar ni, sebab teringat time aku berdiri kat situ.Layan gile..tak ingat apa-apa kecuali kebesaran Allah cipta langit dan bumi..

 Ni adengan 18PL di mana aku cuba imbangkan badan nak gi masuk ladang teh.Ade anak sungai,cantik..rugi sape tak stop by kat sini...tapi takdela adengan 3gp melayu berkemban ke ape kat sini..takde orang pun..hehe
 Oh, Rayyan Afif papa..comei macam gurl la pulak anak teruna papa nih!
 Pokok duri-duri...cantik dilihat, dipegang.."itu makan die!"
 Buah hati pengarang jantung...
 Singboard...
 Afif excited tak tentu pasal..mami yun pulak jadi model Teh Boh!

 Family pic at Cameron Highlands..eh..apesal aku paling hitam dalam ini gambar??adoi..


Tag : , , , ,

Salam Maulidur Rasul

on Monday, February 6, 2012

Selawat dan Salam ke atas Nabi junjungan mulia kita Muhammad SAW.Sempena sambutan maulidur Rasul ni jom sama-sama kita hayati Khutbah terakhir Nabi kita Muhammad SAW yang disampaikan pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah.Moga aku dan sesiapa saja yang sedang membaca post ini dapat mengamalkan amanat Rasulullah SAW.

KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH SAW

Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan.Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu ,mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia ,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini,Sembahlah Allah,Dirikanlah solat lima kali sehari,Berpuasalah di Bulam Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu.Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain.Kamu semua adalah sama,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesumgguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.
Tag : ,

Sindrom Bayi Tergoncang (DRR)

on Saturday, November 26, 2011

Sindrom Bayi Tergoncang atau ‘Shaken Baby Syndrome’
Apakah yang dimaksudkan dengan Sindrom Bayi Tergoncang? 
Sindrom Bayi Tergoncang merupakan kecederaan otak yang berlaku akibat bayi digoncang dengan kuat. Kecederaan otak yang dialami bukan sahaja menghasilkan impak jangkapanjang yang mendatangkan kecacatan kepada bayi malah ianya juga boleh membunuh bayi tersebut.


sindrom bayi tergoncang
Apakah peringkat umur bayi yang paling berisiko? 
Bayi berumur 0-9 bulan merupakan golongan yang amat terdedah kepada sindrom bayitergoncang, walaubagaimanapun, terdapat juga kes yang berlaku di kalangan kanak-kanak yang berumur 1-4 tahun.
Bagaimanakah ianya boleh berlaku? 
Otot leher bayi belum berkembang dengan baik dan dan tidak berupaya untukmenyokong kepala bayi yang agak besar dimana beratnya adalah 25% ( satu per empat) daripada berat badan bayi. Otak bayi pula, bersaiz jauh lebih kecil berbanding dengan tengkoraknya dan salur darah dan tisu otak bayi masih lembut dan rapuh. Perbuatan menggoncang menyebabkan kepala bayi terhayun dan mampu membuatkan otak bayi bergoyang dengan kuat di dalam ruang tengkorak.
Pergerakan yang kuat ini menyebabkan salur-salur darah di dalam kepala bayi dan tisu otak terkoyak dan menyebabkan perdarahan. Kecederaan ini bertambah teruk sekiranya goncangan bayi diikuti oleh pergerakanhentakan tubuh bayi (ke dinding atau ke atas tilam)
Kenapa bayi digoncang? 
Perbuatan menggoncang bayi dengan kuat boleh berlaku dalam keadaan-keadaan berikut:
1.Apabila anak/bayi tidak berhenti menangis menyebabkan orang yangmenjaga anak/bayi tersebut berada dalam keadaan kecewa, marah dan stress lalu menggoncang bayi tersebut dengan kuat.
2.Penjaga bayi/kanak-kanak hilang pertimbangan dan mudah bertindak ganasakibat pengaruh dadah/alkohol/masalah kewangan
Kenapa ianya merbahaya? 
Satu dari tiga bayi yang menderita sindrom bayi tergoncang akan berakhir dengan kematian, yang lainnya akan mengalami kecacatan kekal kesan dari kecederaan otak yang dialami. Perdarahan di dalam organ mata pula boleh menyebabkan kebutaan.
Apakah gejala dan tanda-tanda Sindrom Bayi Tergoncang? 
Tanda-tanda awal:
1.Bayi mudah meradang (irritable)
2.Sawan
3.Kaki dan tangan mengalami kekejangan
4.Bayi tidak bermaya dan kurang bertindakbalas
5.Tahap kesedaran bayi menurun
6.Muntah dan tidak mahu makan
7.Perdarahan yang teruk boleh menyebabkan; kematian akibat terhentinya pernafasan dan denyutan jantung
Tanda-tanda lewat akibat dari kesan jangkapanjang kerosakan otak:
1.Masalah pembelajaran
2.Kurang upaya anggota
3.Masalah penglihatan atau buta
4.Masalah pendengaran
5.Terencat akal (Cereberal Palsy)
6.Masalah tingkahlaku
7.Sawan berterusan
8.Kematian.
Bagaimana mencegahnya? 
Bayi meragam adalah lumrah. Ianya mungkin disebabkan bayi merasa lapar, kembung perut, demam atau merasa tidak selesa. Setiap penjaga bayi harus bersabar dantenang mengendali bayi dalam keadaan begini. Dapatkan rehat yang cukup, amalkanmakanan seimbang agar sentiasa berada dalam keadaan yang cergas dan belajarlahcara-cara menangani stress dengan bijak.
Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil bagi menghentikan tangisan bayi:
1.Memastikan bayi tidak lapar dan berada dalam keadaan yang selesa (lampintidak basah)
2.Memastikan bayi tidak sakit ( demam, bengkak gusi atau kembung perut)
3.Menghayun bayi secara perlahan atau berjalan perlahan2 sambil mendokongbayi.
4.Menyanyi atau bercakap perlahan2 dengan bayi
5.Menggunakan permainan yang mengeluarkan bunyi agar menarik perhatianbayi
6.Membawa bayi berjalan2 di dalam kerusi tolak
7.Meletakkan bayi di kerusi keselamatan dan bawa bayi berjalan2 di dalam kereta
8.Mendakap bayi sambil bernafas secara tenang dan perlahan2
9.Elak membuai bayi dalam keadaan marah kerana ianya mungkin menyebabkan anda terdorong membuai bayi dengan kasar dan kuat.
10.Sekiranya anda keletihan, minta bantuan seseorang menjaga bayi anda sementara anda berehat seketika
11.Sekiranya tiada satu pun tindakan di atas berjaya dan anda merasa diri anda tertekan, tinggalkan bayi di dalam katil bayi (crib),tenangkan diri anda danperiksa semula bayi selepas 5 min.
12.Dapatkan nasihat doktor sekiranya bayi anda masih tidak berhenti menangis
MENGGONCANG BAYI ADALAH PERBUATAN YANG SALAH!
MENGGONCANG BOLEH MEMBUNUH
MENANGIS TIDAK BOLEH MEMBUNUH
Tag :

Muhammad Rayyan Afif

on Wednesday, November 23, 2011

Agak terkebelakang aku sikit untuk menghapdate apa yang patut dalam blog kusam aku nih.Apa nak buat, masa dan tempat tak mengizinkan aku menoreh kata dan nukilan dalam blog ni.Adoii, macam la bizi sangat duk obersea kerja ka apa ka takpa la jugak!Ceh alasan!Sebenarnya nafsu aku mengarang di blog merosot dan merudum.Tak terkeluar idea menulis dari benak aku yang bengap nih.Takpe la..untuk pos kali ni aku nak ceritera bout my dearest son Muhammad Rayyan Afif.


Tanggal 29 October 2011:Majlis Berendoi.Ramai gak la datang..meriah!Penat!










Memang nampak sedap dan lumayan...nyum nyumm

Tanggal 8 November 2011: Operasi membotakkan kepala Afif !!!Takut siot nak cukur, sampai umpan masuk dalam bath tub!






 


Tanggal Raya Haji 2011: Kenduri Kendara Aqiqah Afif dan Nadrah





















 Tanggal 9 November 2011: Afif Demam lepas kena injek!!! Bawa gi jumpa pakar kanak-kanak baik dalam masa 2 hari jugak la..



Tanggal 19 November 2011: Gi layan Mami borong kat Baby Fair bersama Afif

Walaupun tetek takda susu, aku susukan juga si Afif..pakai botolla heheh

Keadaan baby fair, orang ramai tak tentu pasal.Penat siot langgar orang dengan stroller Afif.Yang bestnya aku purposely berjaya lenggek amoi promoter ngn tayar stroller Afif yang besar.Tu la, sapa suruh nyibuk duk promote mende hampeh tu kat aku hehe.
Tag :
 
© Rohaizad Yusoff | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO