Raikan 6 tahun Cinta

on Wednesday, February 2, 2011

Tanggal 2/2/2005..Mak aii, agak lama aku bercinta dengan wife aku skang ni.Tak sangka boleh bertahan sampai lama macam ni.Orang kata kalau kawin, dah beranak berapa aku pun tak tau. Realitinya itulah tarikh aku mula-mula luahkan perasaan aku kat wife aku skang ni.

Dialah Wife yang aku dah selamat kahwini dengan sekali lafaz.Juga Wife yang aku cintai tanpa sebarang syarat..wife yang sangat manje..pandai layan aku...sanggup bersusah senang dengan aku..teman mengutuk,keji,ngumpat orang dan bergelak ketawa sakan tak ingat dunia...and of course wife yang selalu jugak bebel kat telinge aku sampai jadi panas..haha!

Sepanjang 6 tahun ni macam-macam kami dah lalui bersama.Pahit dan manis perhubungan..gaduh-gaduh..jiwang-jiwang..tengok wayang..eh, cakap pasal tengok wayang..aku ingat kalau himpun semua
tiket wayang yang aku dah tonton dengan wife aku, mau boleh buat yellow pages!Erk..tipula la kan
kalau yellow pages banyak sangat la plak..tapi seyes, memang kami kaki wayang..hingga ke hari ini...

Pendek kata, segala macam adventure kehidupan kami dah lalui selama 6 tahun ni..dari first couple di USM...then ke fasa pertunangan seterusnya ke alam perkahwinan pulak..kalau di imbau balik kenangan dolu-dolu, memang besh..boleh dibukukan novel...boleh ngelamun satu hari suntuk , memang tak kan habis!Pada aku, 6 tahun tu sangat bermakna dalam hidup aku...kalaula aku tak kenal wife aku skang..or kahwin dengan orang lain..aku pun tak tahu...dapatkah aku rasa apa yang aku rasa skang ni? I'm  in love...each and every single day...nasubichanemoticon

Alamak, dah mengantuk...mata dah sangap nak tidur....






Ranking: 5

{ 2 Komen... read them below or add one }

~Yun~ said...

tq syg..luv u so much!!


February 8, 2011 at 8:15 AM
jatt said...

Wc..luv u 2..muah!!!


February 8, 2011 at 11:57 PM

Post a Comment

 
© Rohaizad Yusoff | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO